Product(s) Used for this Recipe
 
 
Creamy Chicken Mushroom
 
 
 
Share
 

Nasi Ayam Cendawan & Ikan Masin

Ingredients
1 tin (300g) Sup Ayam & Cendawan CAMPBELL’S
4 cawan Nasi putih
400g Paha Ayam, dipotong kecil
80g Cendawan Shiitake
150g Bok Choy, dicelur
30g Ikan Tenggiri masin
3 sudu makan Minyak Sayuran
4 ulas Bawang Putih, dihiris
3cm Halia Muda, dihiris
80g Daun Bawang, dihiris
1 cawan Air
1 sudu besar Kicap Cair
2 sudu besar Kicap Pekat
2 sudu kecil Minyak Bijan
1 sudu besar Gula
20g Bawang Goreng
 
Cooking Detail
 
Methods
Gaulkan ayam bersama 1 sudu besar kicap cair di dalam mangkuk, kemudian panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Gorengkan ikan tenggiri masin sehingga masak kekuningan. Tuskan. Kemudian layurkan ayam di atas api sederhana hingga masak keperangan.

Masukkan halia, bawang putih dan bahagian putih daun bawang, goreng sehingga berbau wangi. Masukkan pula cendawan Shiitake. Masak seketika lagi, kemudian tuangkan Sup Ayam & Cendawan CAMPBELL’S bersama air. Kemudian masukkan kicap pekat, gula dan minyak bijan. Renihkan selama 20 minit sehingga sos menjadi pekat.

Hidangkan ayam di atas nasi putih panas bersama dengan bok choy. Hiaskan dengan ikan masin goreng dan hirisan daun bawang serta bawang goreng.